ADS 468x90

pages

Isnin, 23 Mei 2011

Karnival Doktor Muda Daerah LMS

Sekalung tahniah kepada pasukan Doktor Muda SK Sultan Abdullah kerana telah merangkul beberapa kejayaan di Karnival Doktor Muda Daerah LMS .Di antaranya mendapat tempat pertama kategori Sketsa dan Rekacipta,tempat kedua kategori Pameran dan Bercerita Bahasa Melayu dan tempat ketiga kategori Buku Skrap.Doktor Muda SK Sultan Abdullah akan mewakili Daerah LMS ke peringkat Negeri dalam kategori Sketsa dan Rekacipta.

Jumaat, 6 Mei 2011

TERIMA KASIH CIKGU

HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

Selasa, 3 Mei 2011

JOHAN TILAWAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

.

Nurul Syafiqah bt Mat Isa dilahirkan pada
tanggal 19 hb Ogos 2001di Hospital Taiping.Beliau merupakan anak yang keempat daripada 6 orang adik beradik. Beliau adalah anak kepada Encik Mat Isa b Jamaludin dan Puan Junaidah bt Husien.
Beliau bercita-cita menjadi seorang guru. Hobi beliau ialah melukis ,mewarna dan menulis.
Antara pencapaian beliau adalah:
Naib Johan Action Song (Zon Trong)
Johan Zon dan Naib Johan Tilawah peringkat Daerah serta menjadi
peserta simpanan Tilawah peringkat Negeri
Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau dan keluarga serta panitia Agama Islam kerana telah mengharumkan nama sekolah
SK Sultan Abdullah di peringkat negeri Perak. Beliau akan mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan pada 27 Mei 2011 di negeri Pulau Pinang.Sekalian warga SKSA mendokan agar kejayaan akan menjadi milik Nurul Syafiqah bt Mat Isa .