ADS 468x90

pages

Isnin, 26 September 2011

MAJLIS PERSARAAN EN ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN

Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 20 September 2011 , di Dewan SKSA.
Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 35 tahun. Beliau merupakan seorang guru cemerlang Bahasa Melayu yang berdedikasi dan komited terhadap tugas.
Beliau seorang guru yang harus dicontohi oleh guru-guru kerana saat membilang hari menanti hari persaraan ,beliau terus menjalankan tugas dengan penuh semangat.
Beliau digelar lelaki melayu terakhir kerana ketokohan dan komited terhadap tugas sukar dicari ganti.