ADS 468x90

pages

Jumaat, 28 Januari 2011

PERATURAN SEKOLAH SKSA


PERATURAN SEKOLAH (GURU-GURU)

1.     SIKAP DAN TANGGUNGJAWAB

       1.1      Semua guru  mestilah sentiasa mendukung dan mematuhi hasrat negara “BERSIH,
                  CEKAP dan AMANAH”.

       1.2      Mempunyai sikap sanggup bekerjasama dengan Guru Besar dan semua pihak yang
                  terlibat dengan sekolah termasuk masyarakat setempat.

       1.3      Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur ikhlas dan penuh semangat
                  tanggungjawab.

       1.4      Mempunyai sikap berusaha untuk memajukan murid-murid yang diajar sehingga
                  mencapai ke tahap yang maksimum.

       1.5      Bertanggungjawab untuk memajukan sekolah dalam semua lapangan.

       1.6      Melaksanakan sebarang tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dengan segera dan
                  dapat disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan.

       1.7      Mempunyai sikap kasih terhadap murid-murid, insaf dan  sedar akan kelemahan 
                  mereka, dimana tunjuk ajar dan bimbingan dari guru-guru amat diperlukan.

       1.8      Tanamkan semangat muhibbah, hormat menghormati, tolong menolong dan rasa
                  kekeluargaan sesama rakan sekerja. Elakkan dari membuat tuduhan, syak wasangka
                  dendam mendendam dan berkomplot sesama sendiri.

       1.9      Setiap individu mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
                  dalam bidang tugas dan kerjaya disamping memeuhi kehendak Dasar Pendidikan
                  Kebangsaan.


2.      KEDATANGAN GURU

       2.1       Sampai di sekolah sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum loceng dibunyikan dan
                   balik  sepuluh ( 10 ) minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan
                   oleh Guru Besar mengikut keadaan semasa.

2.2             Kehadiran masa tiba dan masa balik hendaklah dicatatkan sendiri dan ditandatangani
            di dalam “Buku Kedatangan Guru”.

2.3             Jika sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan
dsbnya, hendaklah diberitahu segera kepada Guru Besar dengan apa cara jua.  Jika
            bercuti lebih dari sehari Buku Rekod  Mengajar, buku rujukan, anak kunci dan surat 
            akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.


2.4             Jika terlewat sampai ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan,
            hendaklah berjumpa Guru  Besar terlebih dahulu dan terangkan sebab kelewatan
            sebelum memulakan tugas.


3.       PERHIMPUNAN

      3.1       Perhimpunan rasmi murid-murid dan guru-guru diadakan pada tiap-tiap hari Isnin.
                  Semua guru dikehendaki hadir dan berdiri di hadapan murid-murid di kiri kanan
                  mereka.  Tidak dibenarkan guru berada di merata tempat atau makan minum di kantin
                  ketika ini.

      3.2       Guru bertugas pada minggu berkenaan hendaklah mengendalikan sepenuhnya
                  perhimpunan ini dengan bantuan Ketua Murid.  Aturcara perhimpunan hendaklah
                  dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil.
                  4/1984 KP(BS)8591/Jld.11/(24) bertarikh 14.7.84. Laporan harian mestilah di buat di
                  dalam buku yang dikhaskan.

4.     BUKU REKOD MENGAJAR

4.1               Semua guru mestilah menyediakan buku rekod mengajar dengan sempurna dan
             penuhkan semua kehendak di dalamnya.

4.2               Buku ini hendaklah disediakan dalam masa persediaan atau di rumah.  Membuat
             persediaan dalam bilik darjah adalah ditegah.

      4.3         Buku Rekod Mengajar mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk
                    disemak dan diperiksa pada hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada hari Isnin sebelum
                    waktu pertama dimulakan.  Jika hari itu cuti am, serahkan pada hari berikutnya.

4.3               Butir-butir dalam buku rekod hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa
             kemaskini.

      4.5       “Buku Rekod Mengajar” adalah dokumen penting sebagai mana kehendak Undang-
                   Undang Sekolah (Kursus Pendidikan) 1956.  Serahkan kepada Guru Besar pada akhir
                   tahun untuk disimpan.


5.   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

     5.1        Guru Kelas

                  5.1.1  Bertanggungjawab mengenal disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya
                            serta mengetahui tentang diri dan latar belakang mereka.

                  5.1.2  Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru
                            Besar atau kerja-kerja semasa.

                  5.1.3  Mengambil tindakan sewajarnya mengenai:
                         5.1.3.1 .  Jadual Kedatangan
                         5.1.3.2.   Kutipan yuran/pelbagai bayaran
                         5.1.3.3    Buku/Kad Laporan Kemajuan Pendidikan
                         5.1.3.4    Buku/Kad Pelaporan Gerakerja Kokurikulum
                         5.1.3.5    Kad Riwayat Hidup (001R)
                         5.1.3.6    Kad Kesihatan

                 5.1.4   Menyediakan dan mempamirkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Giliran Murid
                            Bertugas di dalam kelas seperti menyapu, padam papan hitam, ambil/hantar
  buku dsbnya.

                 5.1.5   Melengkapkan menyusun barang-barang dan alatan dalam kelas supaya dapat
                            menimbulkan suasana bilik darjah yang sentiasa kemas dan teratur, sesuai
                            sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran.

      5.2   Guru Khas/Bukan Guru Kelas ( Guru Pusingan )

                 5.2.1   Boleh diarah untuk menjadi guru kelas sepenuh masa atau
                            mengganti/mengambil alih tugas sementara kerana ketiadaan guru kelas yang
                            sebenar.

                 5.2.2   Bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi penumpuan kepada pelajaran
                            khas yang diajar  seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pemulihan dsbnya.
                            Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapi dengan alat-alat mengajar yang
                            kemaskini.

                 5.2.3   Membuat dan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang
                            ditentukan oleh Guru Besar lebih banyak dari guru-guru kelas.

6.   MASA  MENGAJAR

6.1     Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah  
         dirancang/ditulis dalam Buku Rekod Mengajar.

      6.2    Guru tidak dibenarkan mengajar selepas masa yang dihadkan.  Pertukaran kelas/guru
               hendaklah dijalankan dengan serta merta.

6.3     Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain tidak dibenarkan berada di dalam
          bilik darjah itu melainkan  pegawai-pegawai yang datang melawat atau Guru Besar atau
          Penolong Kanan yang diarahkan oleh Guru Besar untuk membuat penyeliaan atau
          orang yang diberi kebenaran oleh Guru Besar atau Penolong Kanan/ Guru Kanan.

      6.4   Guru-guru adalah dilarang:
                  6.4.1  Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Guru Besar atau
                            Penolong Kanan Pentadbiran.

                  6.4.2  Berbual-bual kosong dengan guru lain  sama ada di dalam atau di luar bilik
                            darjah.

                  6.4.3  Duduk di kerusi atau meja sepanjang pengajaran kecuali guru yang
                            mengandung.

 6.4.4  Memeriksa buku rampaian atau kertas ujian tetapi memeriksa kerja murid dari
           seorang ke seorang adalah dibenarkan.

                  6.4.5  Membuat persediaan mengajar atau  alatan di dalam kelas.

                  6.4.6  Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain
                            dengan alasan mata pelajaran itu tidak penting atau guru itu sendiri tidak
                             berminat.

      6.5   Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai pakaian yang sesuai.

      6.6   Jangan biarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru
              ada bersama-sama.  Adalah sesuatu yang dilarang sama sekali guru memberi arahan dari
              jauh atau sekadar memerhati sahaja.  Risiko yang dihadapi amat tinggi jika dalam
              keadaan begini murid-murid mendapat kemalangan atau kecederaan.

      6.7   Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan
              dalam dewan (jika ada) atau di mana-mana kawasan yang sesuai sama ada di dalam atau
              di luar bangunan.

7.         MASA TIDAK MENGAJAR

7.1     Masa ini hendaklah digunakan untuk memeriksa buku-buku rampaian, membuat
       persediaan/alatan mengajar atau membaca buku-buku rujukan.

       7.2  Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah melainkan, ada urusan penting dan
              mendapat kebenaran dari Guru Besar atau Penolong Kanan.

8.         JADUAL KEDATANGAN

8.1    Jadual Kedatangan adalah dokumen penting sekolah.  Guru Kelas hendaklah
      menandakannya tiap-tiap hari dan dihantar ke pejabat sebelum pukul 9. 00 pagi.

       8.2  Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti peraturan
              yang tercatat dalam kedatangan  itu.

       8.3  Jadual kedatangan mestilah ditulis dengan dakwat biru atau hitam yang kekal.  Jangan
              gunakan dakwat merah atau hijau.

       8.4  Kesalahan dalam Jadual Kedatangan hendaklah dipotong dengan terang, dibetulkan
              dengan menulis semula dan ditandatangani ringkas oleh guru berkenaan.  Sebarang jenis
              pemadam tidak dibenarkan untuk membetulkan kesalahan.

       8.5  Tidak dibenarkan memotong atau memasukkan nama murid tanpa pengetahuan atau
              arahan dari  Guru Besar atau Penolong Kanan HEM

* Peringatan:
                    Jadual Kedatangan adalah dokumen sekolah yang mesti dihantar dan dikehendaki
                    untuk disemak oleh pihak Audit Sekolah-Sekolah setiap akhir tahun. Kekemasan
        dan kejituan amat dititikberatkan amat diperlukan


9.         KEMALANGAN DAN KEUZURAN MURID

       9.1   Murid-murid yang didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru yang bertugas
               pada minggu itu hendaklah segera berhubung dengan guru pengawas Pasukan Bulan
               Sabit Merah/guru kecemasan supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

       9.2   Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau dibawa ke
               klinik/hospital hendaklah direkodkan dalam Buku Laporan Guru Bertugas.

       9.3   Guru Kelas sepatutnya tahu sebab-sebab murid kelasnya tidak hadir.  Murid yang tidak
               hadir selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah dilaporkan
               kepada Guru Besar atau Penolong Kanan HEM. Satu surat peringatan “Tidak Hadir”
               akan dikirimkan kepada ibu bapa/penjaga.

10.       MENGUTIP WANG DAN PEMBELIAN BUKU

      10.1  Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-murid tanpa arahan atau
               kebenaran Guru Besar.

      10.2  Murid-murid tidak boleh diarah/dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja,
               buku bacaan tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar terlebih
               dahulu.

      10.3  Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada
               Guru Besar.  Resit rasmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang
               menjelaskan yuran.

11.        BUKU RUJUKAN GURU

       11.1  Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan
                semula pada hujung tahun atau apabila bertukar.  Jika hilang, hendaklah diganti.

12.        BUKU LATIHAN/RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN

       12.1  Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah
                diperiksa segera selepas diajar atau dijalankan.

       12.2  Latihan hendaklah diberi tiap-tiap hari/selalu dan ujian tiap-tiap minggu untuk
                mengetahui tahap pencapaian/prestasi murid-murid.  Semua kertas ujian mestilah
                dimasukkan ke dalam fail prestasi  tiap-tiap murid.

       12.3  Guru Besar/Penolong Kanan akan memeriksa buku-buku rampaian/latihan dan buku
                kerja murid-murid. Guru – guru matapelajaran mesti menghantar buku – buku latihan
                murid setiap dua bulan sekali ke pejabat untuk disemak oleh mereka – mereka yang
                ditetapkan oleh guru besar. Begitu juga fail prestasi murid.

       12.4  Buku/ helaian Laporan Kemajuan Pendidikan Murid hendaklah dipenuhi tiap-tiap
                Penggal sebagai ukuran penilaian yang tepat, hasil dari penilaian/peperiksaan yang
                diberi Serahkan buku ini kepada Guru Besar untuk ditandatangani. Setelah
                ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga hendaklah disimpan di pejabat sekolah.

13.        GURU BERTUGAS

      13.1  Guru bertugas akan ditetapkan  mengikut tugas mingguan bagi seorang guru.  Masa
               bertugas ialah sepanjang masa persekolahan hari itu termasuk waktu pagi atau petang
               jika ada aktiviti.

      13.2  Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid-murid dan mempastikan
               supaya mereka  mematuhi peraturan sekolah.

      13.3  Memasang dan memastikan siaraya boleh digunakan.

      13.4  Menulis catatan ke dalam “Buku Laporan Guru Bertugas” segala yang berlaku pada hari
               berkenaan termasuk topik-topik lain yang perlu perhatian seperti perhimpunan,
               kebersihan, kantin , tandas dan dsbnya.

14.        GERAKERJA KOKURIKULUM

14.1      Kegiatan ini hendaklah dijalankan di sebelah petang hari Rabu atau hari Sabtu.  Guru
         yang terlibat hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya tentang keselamatan murid-
         murid dan peralatan yang digunakan.

      14.2  Pastikan kegiatan yang dibuat dijalankan dengan penuh minat  bersungguh-sungguh dan
               mencapai tahap kemajuan/prestasi yang boleh dibanggakan.

      14.3  Bertanggungjawab menyediakan/membuat laporan mengenai kegiatannya apabila
               dikehendaki oleh Guru Besar.

      14.4  Mengisi dan menandatangani Buku Pelaporan Gerakerja Kokurikulum murid-murid di
               mana berkenaan.

15.        PERATURAN PEJABAT

      15.1  Pada amnya adalah ditegah mengambil fail-fail pejabat sekolah tanpa izin Guru Besar. 
               Walau bagaimana pun fail yang diperlukan untuk tindakan guru berkenaan boleh
               diambil dan dikeluarkan dengan syarat terlebih dahulu memberitahu kerani sekolah dan
               direkodkan ke dalam “Buku Pergerakan Fail ”.  Fail itu mestilah dikembalikan segera
               setelah tindakan selesai.

      15.2  Guru-guru adalah dilarang:

                  15.2.1  Membaca surat-surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan
                              atau Kerani.

                  15.2.2  Mengambil/menulis buku-buku stok kecuali guru berkenaan yang
                               dipertanggungjawabkan.

                  15.2.3  Berbual-bual atau membuat kerja di pejabat yang tidak ada kaitan dengan
                               urusan sekolah atau perjawatan.

                  15.2.4  Mengarahkan kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa
                               kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan.


16.        PERKARA AM

      16.1  Jika terdapat sebarang kelemahan atau percanggahan takrif dalam melaksanakan
               peraturan ini, ia hendaklah dirujuk kepada Penolong Kanan atau Guru Besar.

      16.2  Untuk menjadilan peraturan ini bersifat “flexible”, maka ia akan dipinda dari semasa ke
               semasa mengikut keadaan dan kesesuaian.

      16.3  Peraturan ini adalah tertakluk kepada keutamaan peraturan atau arahan dari Kementerian
               Pendidikan, JPN atau PPD yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.