ADS 468x90

pages

Jumaat, 18 Februari 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Isnin, 14 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011


JAWATAN  KUASA PELAKSANA

Hakim Sepanduk
En Shahudin b Awang
En Mohd Yussof b Ismail

Disiplin dan Kawalan Murid
En Azmi b Abd Aziz
En Asmadi Rizal b Ramli
En Mohamad Ibrahim b Abd Ghaffar
Pn Norhashimah bt Abu Bakar
Pn Rohaya bt Abd Razak

Persiapan Tempat/Dewan
En Abd Rahim b Sulaiman
Tn Hj Salleh b Idris
En M.Ravindran

Siaraya dan PA System
En Fadzli b Abu Kassim
Tn Hj Che Rusi b Ahmad

Pengacara Majlis
Pn Nurul Huda bt Mohamed

LCD/Backdrop
Pn Munirah bt Abd Kadir
Pn Nor Azelin bt Azeman
Cik Ainul Atiqah bt Abd Rahim

Fotografi
Pn Arlisha bt Mohd Arih

Buku Program
Pn Noor Aini bt Abd Hamid
Pn Noraslinda bt Yusoff

AJK Persembahan
En Ghazali Jamaluddin
Cik Tahirah bt Abd Ghani
En Mohd Hafiz b Hasimi

Hadiah
Pn Rosniza Abdullah
Pn Hjh Saminah bt Samiran
Pn Ernie Fazleen bt Long Jaafar

AJK Jamuan
Pn Roszaifura bt Zainul Abidin
Pn Siti Zanariah bt Mohamed
Pn Saraswathy a/p Kanabadi
Pn Wong Lai Mooi

Laporan
Pn Hazlina bt Azami

Perarakan
En Ghazali b Jamaluddin
En Abdullah b Azanan
En Mohd Hafiz b Hasimi
Pn Noor Aini bt Abd hamid
Pn Hazlina bt Azami
Pn Zulhida

Khamis, 10 Februari 2011

LOGO JPN PERAK


PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN

TARIKH : 11 FEBRUARI 2011
MASA : 9.00 -12.00 TGH
TEMPAT : DEWAN SKSA
SASARAN : IBU BAPA TAHUN 1 HINGGA 6

AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : EN SHAHUDIN B AWANG(GURU BESAR SKSA)
PENGERUSI : PN NURMAH BT MAT SALLEH (PK HEM)
NAIB PENGERUSI 1 : EN SUHAIMI B OMAR (PK PENTAD)
NAIB PENGERUSI 11 : TN HJ FAUZI B HUSSIN (PK KOKU)
SETIAUSAHA : PN HJH NORHASHIMAH BT ABU BAKAR

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PENYAMBUT TETAMU
EN SHAHUDIN B AWANG
PN NURMAH BT MAT SALLEH
EN SUHAIMI B OMAR
TN HJ FAUZI B HUSSIN

PENGACARA MAJLIS
EN FADZLI B ABU KASSIM

JAMUAN
PN ROSNIZA BT ABDULLAH
PN HJH NORHASHIMAH BT ABU BAKAR

PENDAFTARAN
PN ROSNIZA BT ABDULLAH
PN HJH NORHASHIMAH BT ABU BAKAR

PERSIAPAN DEWAN
TN HJ SALLEH B IDRIS
EN ABD RAHIM B SULAIMAN
PEKERJA SEKOLAH

SIARAYA
EN FADZLI B ABU KASSIM
CIK AINUL ATIQAH

BACKDROP/JURU FOTO
PN ARLISHA BT MOHD ARIH

BACAAN DOA
USTAZ GHAZALI B JAMALUDIN

JADUAL AKTIVITI

* 9.00 am PENDAFTARAN
* 9.20 am UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
* 9.30 am BACAAN DOA
* 9.35 am UCAPAN YDP PIBG
* 9.40 am CERAMAH MOTIVASI
* 11.40 am JAMUAN
* 12.00 tgh BERSURAI

Selasa, 8 Februari 2011

PROGRAM TAHUN 6

SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru Tahun 6 khasnya, merangkap AJK Program Kecemerlangan Tahun 6 dan semua guru amnya, kerana dipilih untuk menempuh cabaran yang penuh dengan strategik dan memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Tidak lupa juga kepada PIBG SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh, atas kerjasama dari segi kewangan dan tenaga . Penggemblengan Guru Besar bersama guru – guru, PIBG serta murid – murid, diharap akan mencapai matlamat peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.

Keputusan UPSR 2010 agak baik walaupun keputusan UPSR 2009 agak tinggi tetapi keputusan 2010 agak tidak keterlaluan dikatakan lebih baik dari segi kuantiti. Sememangnya faktor latar belakang murid bukan faktor penentu tetapi bagi calon luar bandar, sosio ekonomi memainkan peranan agak besar juga. Pencapaian UPSR 2009 ialah 80.3%. Walaupun peratus pencapaian 2010 sedikit menurun berbanding tahun 2009 iaitu 55.6% namun kualiti pencapaian kelulusan mata pelajaran adalah meningkat dan mendapat surat kepujian daripada pihak PPD Larut Matang dan Selama. Peratusan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Sains adalah 98.4%, Matematik 88.9%. Faktor kejatuhan peratus lulus ialah Matapelajaran Bahasa Inggeris 55.6%. Punca utama kejatuhan mata pelajaran Bahasa Inggeris telah dapat di kesan dan akan diperbaiki pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada guru – guru tahun 6 serta semua guru sekolah ini yang prihatin dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Pada tahun ini, diharap peratusan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman/ Penulisan, Sains, dan Matematik akan melebihi 90% dan Bahasa Inggeris melebihi 80% dengan target 5A ialah sekuarang – kurangnya 10 orang. Target keseluruhan peratus kelulusan bagi tahun ini ialah melebihi 80%.

Disamping strategi pengajaran yang berkesan, penggunaan headcount dan pendekatan program yang relevan akan meningkatkan tahap pencapaian minima anak didik mengikut kemampuan mereka sehingga 100% lulus.

Harapan kita imej SK Sultan Abdullah, Kg. Cheh, perlu diteguhkan lagi dengan kehebatan sekolah – sekolah terkenal dibandar, insyaallah. Marilah kita memasti ‘ Program Peningkatan UPSR 2011 ‘ yang dirancang ini akan tercapai objektifnya. Yakinlah bahawa ‘ Kebaikan dan Pengorbanan yang kita curahkan kepada anak didik kita akan kembali kepada anak – anak kita, insyaalah‘

Sekian, terima kasih.



SUHAIMI BIN OMAR
Naib Pengerusi Program Kecemerlangan UPSR
Unit Kurikulum
SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh



PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2011

1. DIALOG B SMAT
2. MOTIVASI KHAS
3. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN
4. MOTIVASI DIRI
5. UJIAN PENGESANAN
6. PEMANTAUAN BERTERUSAN
7. KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS
8. PENGGUNAAN KAD HEAD COUNT
9. KELAS BIMBINGAN
10. BERDOA DAN BACAAN YASSIN
11. KEM GERAK GEMPUR
12. PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6


JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2011 SK SULTAN ABDULLAH, KG. CHEH.

PENGERUSI : En. Shahudin b. Awang
( Guru Besar )
NAIB PENGERUSI : En. Suhaimi bin Omar
( Penolong Kanan Pentadbiran )
SETIAUSAHA : En. M. Ravindran al R. Maniam
( Guru Bahasa Inggeris Tahun 6 )
SU Peperiksaan UPSR
BENDAHARI : Pn. Hjh. Saminah bt. Samiran
( Guru Bahasa Melayu Tahun 6 )
AJK : En. Abd. Rahim b. Sulaiman
( Guru Bahasa Melayu Tahun 6 )
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Pn. Arlisha bt. Muhd. Arih
( Guru Sains Tahun 6 )
Pn. Wong Lai Mooi
( Guru Matematik Tahun 6 )
Pn. Roszaifura bt. Zainul Abidin
( Guru Matematik Tahun 6 )
En. Fadzli b. Abu Kassim
( Guru Sains Tahun 6 )
En. Mohd. Ibrahim b. Abdul Ghaffur
( Guru Bahasa Inggeris Tahun 6 )
KURIKULUM SEKOLAH DAN PERANANNYA
1. MATLAMAT:
1.1 Menuju ke arah ‘zero defect’.
1.2 Meningkatkan prestasi peperiksaan sekolah dan UPSR di
samping mengurangkan peratusan murid-murid yang tidak
boleh membaca,menulis dan mengira.
1.3 Mengadakan PKSR dua kali setahun dan ujian PKBS empat kali setahun.
1.4 Ujian Pengesanan UPSR sepuluh kali setahun.

2. LANGKAH-LANGKAH:
2.1. Mengemaskini pentadbiran dan perjalanan kurikukulum sekolah.
Di antaranya ialah;
2.1.1 Merancang program kurikulum secara menyeluruh.
2.1.2 Merancang Perkembangan Staf untuk menyuburkan minda
dalam proses menghadapi cabaran masa kini.
2.1.3 Memberi ruang dan kesempatan untuk berbincang dan
mengemukakan idea-idea baru untuk dimanfaatkan.
2.1.4 Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dari
masa ke semasa.
2.1.5 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah lebih berfungsi dan
diguna sepenuhnya oleh murid dan guru.
2.1.6 Membentuk panatia mata pelajaran serta memastikan ianya
betul-betul memahami peranannya.
2.1.7 Menimbang,meneliti,menilai dan melaksanakan syor-syor
yang dikemukakan oleh panatia.

2.2 Program Kurikulum

2.2.1 Menggerakkan tenaga dan fikiran agar lebih positif dan
inovatif melalui aktiviti bengkel,sukan,lawatan,ceramah dan lain-lain.
2.2.2 Menangani masalah murid lemah melalui pemerhatian
bimbingan khusus dan sikap keperihatinan.
2.3 Panitia dan Peranannya
2.3.1 Menyusun program tahunan
2.3.2 Mengumpul Rancangan Tahunan Terkini.
2.3.3 Menyelaraskan format rancangan tahunan dan harian.
2.3.4 Menjalankan program Pekembangan Staf.
2.3.5 Menjalankan Ujian dan Penilaian PKBS yang terancang.
2.3.6 Menyusun program khas untuk murid yang lemah.
2.3.7 Mewujudkan sudut dan medan akademik untuk murid.
2.3.8 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali
setahun.
2.3.9 Membuat analisa ujian dan peperiksaan.
2.3.10 Menyediakan jadual waktu induk panitia.
2.3.11 Menambahkan pengetahuan melalui Ledakan Maklumat
berpandukan Panca Minda.

STRATEGIK/PROGRAM YANG DIRANCANGKAN
1.1 Peningkatan Kecermelangan UPSR 2011/ Projek Utama
1.1.1 Khidmat Guru Bantu.
1.1.2 Peta Minda
1.1.3 Pembelajaran Kendiri
1.1.4 Latihan Spontan/Latihan Berfokus
1.1.5 Ujian Pengesanan Berperingkat
1.1.6 Bimbingan Rakan Sebaya
1.1.7 Satu Hari Sebuah Karangan
1.1.8 Meminimakan Sukatan Pelajaran
1.1.9 Penggunaan ABM
1.1.10 Aktiviti dan Projek Kumpulan
1.1.11 Bijak Bertutur Bahasa Inggeris
1.1.12 Bijak Sifir
1.1.13 Kemahiran Saintifik
1.1.14 Pembelajaran Berformat
1.1.15 Celik Al – Quran
1.1.16 Pemantauan Headcount
1.1.17 Penilaian dan Peperiksaan
1.1.18 Pencerapan dan Pemeriksaan Buku Latihan.


1.2 Projek Sokongan dan Sampingan

1.2.1 Bahan Bantuan Mengajar
1.2.2 Pemulihan dan Pengayaan.
1.2.3 Bank Soalan
1.2.4 Dialog B SMAT
1.2.5 Perang UPSR
1.2.6 Motivasi/ Gerak Gempur UPSR
1.2.7 Kelas Bimbingan
1.2.8 Program Jiran Cemerlang
1.2.9 Teknik Belajar
1.2.10 Bulan Mata Pelajaran : BM, BI, M3, SN, dan AG
1.2.11 Aktiviti Kokurikulum
1.2.12 Minggu Kokurikulum
1.2.13 Peningkatan Sahsiah
1.2.14 Kursus Dalaman/ Perkembangan Staf

ORGANISASI TINDAKAN KURIKULUM SK. SULTAN ABDULLAH, KG. CHEH
34850 CHANGKAT JERING 2011

POST MORTEM UPSR 2011

Kekuatan Sedia Ada

1. Amat bertuah bagi SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh kerana mempunyai guru - guru tahun 6 yang mempunyai komitmen tinggi. Situasi begini jarang – jarang terdapat di sekolah – sekolah lain di mana mereka sanggup membuat kelas tambahan sukarela. Semua guru tersebut adalah guru yang telah berpengalaman mengajar di tahun 6 dan tahu selok - belok murid – murid tahun 6.

2. Sekolah ini juga mempunyai seorang guru yang begitu rajin dan berkebolehan.
Beliau adalah Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan. Beliau mempunyai
kesedaran dan inisiatif yang tinggi.

3. Guru Bahasa Inggeris adalah guru berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris
Tahun 6. Beliau juga mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugas sebagai
pendidik dan dilantik sebagai Penyelaras Tahun 6 juga Setiausaha UPSR.

4. Guru Matematik adalah seorang yang mempunyai komitmen tinggi dalam kerjayanya dan beliau mempunyai pengalaman luas. Beliau tahu selok – belok sukatan mata pelajaran matematik UPSR

5. Guru Besar SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh, juga bukan orang baru dalam bidang pendidikan. Beliau banyak membimbing guru – guru sehingga pencapaian UPSR 2010 agak membanggakan.

6. Kelas Tambahan – pemantapan penguasaan KBKK dan persediaan sebelum UPSR.

Kelemahan Yang Dikesan

1. Pencapaian Bahasa Inggeris merupakan punca penentu peratusan lulus ABC UPSR bagi kebanyakan sekolah luar bandar. Kebanyakan murid sekolah luar bandar tidak terdedah dengan penggunaan Bahasa Inggeris secara langsung. Masa atau minit P & P selama 210 minit seminggu adalah tidak mencukupi. Untuk mengubah keadaan ini adalah memakan masa, tapi walaubagaimanapun ianya bukan mustahil.


2. Keghairahan mencapai kualiti menyebabkan terlalu memberi tumpuan kepada pencapaian Bahasa Inggeris untuk kumpulan elite, hasilnya kumpulan lemah tertinggal dan hasilnya ramai yang kandas dalam Bahasa Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana sungguh pun kuatiti adalah amat baik, kualiti kelulusan juga perlu diambil kira.

3. Keadaan sedia ada, iaitu murid amat kurang pendedahan dan amalan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka dan hasilnya vocabulary mereka amat kurang, disamping tiada galakan di rumah.

4. Seorang guru Bahasa Inggeris mengajar dua kelas peperiksaan adalah kurang efektif. Inilah yang berlaku di mana guru tersebut tidak dapat memberi fokus kepada target kerana kebanyakan kita lebih banyak tertumpu pada kualiti.

Kebaikan yang dikesan

1. Sungguhpun guru Bahasa Inggeris agak ‘ letih ‘ dengan tugasan luar P & P yang sesak, namun beliau mampu melahirkan 2 orang murid memperolehi A. Amatlah diyakini, dengan izin Tuhan, guru ini akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris yang baik.

2. Ini juga akan memberi pengajaran kepada semua Ketua Panitia Mata Pelajaran khasnya dan semua guru amnya, bahawa pengajaran secara penumpuan sesuatu golongan murid hanya akan melahirkan kualiti yang rendah dan langsung jatuh dari segi kuantiti.


Tindakan/ Cara Mengatasi
1.Meminimakan sukatan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk kumpulan potensi lulus diharap akan memberi kesan yang positif yang mana berkemungkinan besar akan meninggikan peratusan lulus ABC.
2.Membanyakkan kelas tambahan dan latihan untuk Bahasa Inggeris.
3.Mengadakan bengkel – bengkel dan kursus motivasi Bahasa Inggeris.
4.Fokus kepada ‘ grammar ‘ dan ‘ vocabulary ‘ Bahasa Inggeris untuk mengatasi masalah dalam kertas 2.

PERANG UPSR 2011

RASIONAL

Hasil daripada Post Mortem yang dibuat, maka Program Perang UPSR terpaksa dilancarkan. UPSR seolah – olah seperti peperangan. Sebelum peperangan segala persediaan rapi haruslah dibuat agar kita mencapai kemenangan melalui perancangan dan strategi yang teratur.


TUJUAN ( minda kelas 1 pencapaian UPSR )

1. Memastikan murid menerima segala kemahiran yang diperlukan.
2. Memastikan misi tercapai melalui peningkatan yang berterusan.
3. Membina semangat juang yang kental.
4. Membina semangat berpasukan bersepadu antara murid, guru dan ibu bapa.

SASARAN

Guru – Menyusun strategi, perancangan dan tindakan susulan yang
cukup rapi.
Murid – Melaksana misi yang telah disusun dengan penuh dedikasi.
Ibu bapa – Membakar dan merangsang semangat anak – anak
menyemak head count setiap bulan.
PIBG – Membantu dari segi kemudahan dan kewangan.

STRATEGI

1. P & P di bilik darjah digunakan sepenuhnya. Sukatan Pelajaran mesti selesai dalam bulan Mei atau selewat – lewatnya dalam bulan Jun. Sukatan minima digunakan untuk kumpulan yang lemah.

2. Kelas Bimbingan diadakan setiap hari dari jam 1. 30 hingga 2. 30 petang dan pada setiap Sabtu bekerja mulai jam 8. 30 pagi hingga 12. 00 tengah hari secara sukarela

3. Kelas tambahan cuti penggal sekolah
4. Motivasi bulanan akan diadakan dan penumpuan pada teknik menjawab soalan.
5. Motivasi bulanan untuk tujuan memotivasikan diri murid – murid
6. Motivasi khas untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan murid oleh
pakar motivasi.
7. Meminimakan jadual

PELAKSANAAN

1. Dialog B – SMART diadakan setiap hari Khamis minggu ketiga, jam 12.30 tengah hari di ketuai oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran. Tujuannya ialah untuk;

- Semua Guru Tahun 6 berbincang mencari kekuatan/ kelemahan murid untuk merancang P & P.
- Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan strategi di atas.
- Berjumpa dengan ibu bapa tertentu jika diperlukan.
- Berjumpa murid – murid. Sasaran kepada murid potensi cemerlang dan potensi
lulus.
- Membincang pencapaian murid dan sasaran sekolah dengan melihat head count.
- Mendapat laporan dan perkembangan semasa tentang UPSR.
2. Ujian Pengesanan dijalankan secara terancang setiap bulan.
- Bilangannya ditetapkan sebanyak 10 kali.
- Soalannya dipastikan kualitinya guna JSI atau soalan belian atau lain negeri.
- Mengikut Standard UPSR sebenar.
3. Pemantauan dibuat oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran setiap kali
lepas ujian untuk memastikan murid;
- Sentiasa bersemangat untuk meningkatkan pencapaian mereka
( markah )
- Sentiasa bersemangat untuk mencuba yang terbaik.
- Sentiasa ceria dan sihat.


4. Motivasi
- Dijalankan mengikut keperluan dan diterajui oleh guru yang dikenalpasti
kecemerlangan dan berfokus pada mata pelajaran UPSR.
- Penumpuan satu mata pelajaran sahaja setiap motivasi dan keutamaan pada
teknik belajar dan teknik menjawab soalan.
- Tenaga Guru Sumber Daerah digunakan.
- Bayaran disedia oleh pihak sekolah atau PIBG.
- Motivasi Khas akan diadakan pada bulan Mac. ( untuk ibu bapa bersama anak –
anak )
5. Kemahiran Berbahasa Inggeris.
- Diadakan di dalam setiap kelas penekanan pada bentuk soalan Bahagian A
dan C.
- Perjumpaan dan perbincangan diadakan mengikut keperluan.
- Meminta murid mencatat 20 perkataan bersama maksud dan ayat dalam setiap cuti
hujung minggu.
- Kamus BM – BI - BM diwajibkan kepada semua murid tahun 5 dan 6. Jumlah kamus
di PSS juga ditambah.
6. Majlis Doa dan Bacaan Yassin.
- Bacaan doa di setiap kelas seminggu sekali dipimpin oleh ustazah.
- Bacaan doa khas untuk tahun 6 yang pimpin oleh guru agama pada setiap hari
Jumaat, masa mata pelajaran agama mulai bulan Jun.
- Bacaan Yassin pada setiap minggu akhir, setiap bulan, hari Jumaat atau yang
sesuai, khas untuk tahun 6 yang dipimpin oleh guru agama, dibaca di dalam
surau semasa mata pelajaran agama.
- Majlis bacaan Yassin bersama ibu bapa akan diadakan pada akhir bulan
September, semasa Kem Gempur UPSR .
7. Mewujudkan Sistem Ganjaran.
- Murid yang mendapat 5A dalam UPSR akan menerima ganjaran wang tunai atau
barangan dalam nilaian yang sama dari PIBG.
- Murid yang mendapat 5A dalam ujian bulanan akan mendapat ganjaran dari kelab
guru.
- Memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan peningkatan setiap kali ujian
atau peperiksaan.
KAEDAH PENCAPAIAN TARGET UPSR 2011
1. Kerja kuat semua pihak secara berterusan dari awal lagi terutama 4 mata pelajaran teras. Gandakan usaha untuk meningkatkan pencapaian lulus ABC.
2. Banyakkan kerja latihan, rujukan dan ulangkaji kertas ujian, ramalan soalan dan membuat post mortem setiap ujian untuk menilai keberkesanan dan kelemahan.
3. Perbincangan dan pendekatan melaui TOV, headcount dan post mortem berdasarkan data dan strategi yang pelbagai.
4. Sistem double major P & P . Amalkan minda kelas satu.
5. Pemarkahan mengikut format UPSR sebenar.

PERLEMBAGAAN KGKT

KELAB GURU DAN KAKITANGAN ( KGKT )
SK SULTAN ABDULLAH, KAMPUNG CHEH
34850 CHANGKAT JERING
PERAK DARUL RIDZUAN


PERLEMBAGAAN

PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Guru dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Kampung Cheh
( selepas ini disebut SK Sultan Abdullah, Kampung Cheh )


b. Alamat : Kelab Guru dan Kakitangan
SK Sultan Abdullah, Kampung Cheh
34850 Changkat Jering
Perak Darul Ridzuan

PERKARA 2 : MATLAMAT

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di SK Sultan Abdullah, Kampung Cheh, lebih kondusif dan produktif

PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB

3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli

3.2 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja sekolah

3.3 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja sekolah berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan

3.4 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif

PERKARA 4 : FUNGSI KELAB

4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam PERKARA 3, seperti :

4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka

4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah


PERKARA 5 : KEAHLIAN

5.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan serta pekerja SK Sultan Abdullah, Kampung Cheh

5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik

5.3 Guru Besar juga merupakan ahli kelab

5.4 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika:

5.4.1 Memohon untuk tidak menjadi ahli ( dengan persetujuan Guru Besar sebagai penasihat )

5.4.2 Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian dengan nasihat Guru Besar

PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan ( selepas ini disebut Jawatankuasa KGKT ). Jawatankuasa KGKT hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan

6.2 Ahli Jawatankuasa KGKT hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di SK Sultan Abdullah, Kg. Cheh. Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGKT manakala ahli yang tidak dapat hadir mesti memberikan surat tunjuk sebab dan tidak layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGKT

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan kepada Pengerusi

6.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Bendahari

6.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan dan bilangan keseluruhan perlulah ganjil)

6.6.6 Pemeriksa Kira-Kira (sekurang-kurangnya seorang)

6.7 Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa KGKT adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau suatu tempoh yang difikirkan sesuai

6.8 Jawatankuasa KGKT hanya boleh memegang jawatan bagi tempoh maksimum 2 sesi pemilihan berturut-turut sahaja

6.9 Pemilihan Jawatankuasa KGKT hanya dibuat setiap 2 tahun sekali atau jika ada keperluan

PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa KGKT ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan

7.1. Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGKT dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya

7.1.3 Bertanggungjawab atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat

7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan

7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa - apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab

7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi

7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi

7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan

7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGKT

7.3.3 Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGKT dan Mesyuarat Agung Tahunan

7.3.4 Menyediakan laporan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya

7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab



7.4 Bendahari

7.4.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan laporan/ rekod kewangan yang di kemaskinikan dari semasa ke semasa

7.4.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa KGKT

7.4.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana - mana ahli atau lsumber – sumber lain dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan

7.4.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang daripada akaun kelab

7.4.5 Menyediakan Laporan atau Penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan


7.5 Ahli Jawatankuasa

7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan

7.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik

7.5.3. Hadir dalam semua mesyuarat dan memberikan idea - idea untuk menambah baik kelab

7.6 Pemeriksa Kira-Kira

7.6.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab ke atasnya

7.6.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

PERKARA 8 : KEWANGAN

8.1 Setiap ahli ( guru ) DIWAJIBKAN menjadi ahli dan WAJIB membayar yuran RM10.00 bagi setiap bulan

8.2 Setiap ahli ( guru ) juga boleh membayar yuran RM60.00 bagi setiap setengah tahun atau RM120.00 bagi
setahun ( 12 bulan )

8.3 Kakitangan sokongan juga WAJIB menjadi ahli dan DIWAJIBKAN membayar RM7.00 sebulan

8.4 Pekerja sekolah bukan kerajaan DIGALAKKAN menyertai keahlian dengan bayaran RM5.00 sebulan

8.3 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan

8.4 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti

8.5 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh membuat kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut dengan persetuajuan 2/3 ahli

8.6 Semua pungutan/ penyimpanan mestilah diserahkan kepada bendahari untuk dimasukkan dalam akaun yang akan disediakan oleh kelab

8.7 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM499.00 memerlukan persetujuan dua per tiga ahli

8.8 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM499.00 tetapi melebihi RM199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi

8.9 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang kurang daripada RM200.00 sahaja dengan kebenaran pengerusi

8.10 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan pada setiap tahun berakhir dalam Mesyuarat Agung


PERKARA 9 : KEHADIRAN/ PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung

9.2 Sekiranya tidak dapat hadir hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab

9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa

PERKARA 10 : AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa KGKT

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli

10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3

PERKARA 11 : PERLUCUTAN KEAHLIAN

11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh
Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan kepada Lembaga Pentadbir Kelab dalam
tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan dan untuk keputusan muktamat.

PERKARA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa KGKT semasa Mesyuarat Agung Tahunan

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KGKT dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah disahkan oleh pengerusi sebelum dipamerkan

PERKARA 13 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum tahun persekolahan bermula

13.2 Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan hendahlah dihebahkan kepada ahli - ahli selewat - lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat

13.3 Agenda Mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

13.3.1 Ucapan pengerusi

13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu

13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/ aktiviti

13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit

13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa KGKT bagi tahun berkenaan

13.3.6 Ucapan penangguhan

13.3.7 Hal – hal lain

14.4 Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih calon - calon jawatan dalam jawatankuasa KGKT serta membincang serta memutuskan perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan calon jawatan di buat seperti yang berikut:

14.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 dan perenggan 3

14.4.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong

14.4.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi

14.4.4 Calon yang mendapat undian terbanyak akan dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan


14.5 Mesyuarat Agung Luar Biasa ( khas ) boleh diadakan :
a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa KGKT

b) Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 3/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya

14.6. Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu

14.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang - kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat

14.8 Perkara 15 dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa

PERKARA 15 : KUORUM

15.1 Kuorum mesyuarat adalah seperti yang berikut:

15.1.1 Kuorum Mesyuarat Agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli

15.1.2 Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa KGKT hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa KGKT

15.2 Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika ketetapan kedua juga kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan - keputusan mengenai semua ahli

PERKARA 16 : PEMBUBARAN KELAB

16.1 Kelab akan dibubarkan pada Mesyuarat Agung terakhir bagi tahun semasa jika berlaku PERKARA 15 Perenggan 15.2

16.2 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan
masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti dalam PERKARA 15 Perenggan 15.2.


‘ BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MAUFAKAT’

Disemak oleh Disemak oleh Disahkan oleh


SETIAUSAHA NAIB PENGERUSI PENGERUSI
Kelab Guru dan Kakitangan Kelab Guru dan Kakitangan Kelab Guru dan Kakitangan
SK Sultan Abdullah, Kg. Cheh SK Sultan Abdullah, Sultan Abdullah, Kg. Cheh

MEMORI 2010

 
Posted by Picasa