ADS 468x90

pages

Selasa, 8 Februari 2011

PROGRAM TAHUN 6

SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru Tahun 6 khasnya, merangkap AJK Program Kecemerlangan Tahun 6 dan semua guru amnya, kerana dipilih untuk menempuh cabaran yang penuh dengan strategik dan memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Tidak lupa juga kepada PIBG SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh, atas kerjasama dari segi kewangan dan tenaga . Penggemblengan Guru Besar bersama guru – guru, PIBG serta murid – murid, diharap akan mencapai matlamat peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.

Keputusan UPSR 2010 agak baik walaupun keputusan UPSR 2009 agak tinggi tetapi keputusan 2010 agak tidak keterlaluan dikatakan lebih baik dari segi kuantiti. Sememangnya faktor latar belakang murid bukan faktor penentu tetapi bagi calon luar bandar, sosio ekonomi memainkan peranan agak besar juga. Pencapaian UPSR 2009 ialah 80.3%. Walaupun peratus pencapaian 2010 sedikit menurun berbanding tahun 2009 iaitu 55.6% namun kualiti pencapaian kelulusan mata pelajaran adalah meningkat dan mendapat surat kepujian daripada pihak PPD Larut Matang dan Selama. Peratusan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Sains adalah 98.4%, Matematik 88.9%. Faktor kejatuhan peratus lulus ialah Matapelajaran Bahasa Inggeris 55.6%. Punca utama kejatuhan mata pelajaran Bahasa Inggeris telah dapat di kesan dan akan diperbaiki pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada guru – guru tahun 6 serta semua guru sekolah ini yang prihatin dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Pada tahun ini, diharap peratusan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman/ Penulisan, Sains, dan Matematik akan melebihi 90% dan Bahasa Inggeris melebihi 80% dengan target 5A ialah sekuarang – kurangnya 10 orang. Target keseluruhan peratus kelulusan bagi tahun ini ialah melebihi 80%.

Disamping strategi pengajaran yang berkesan, penggunaan headcount dan pendekatan program yang relevan akan meningkatkan tahap pencapaian minima anak didik mengikut kemampuan mereka sehingga 100% lulus.

Harapan kita imej SK Sultan Abdullah, Kg. Cheh, perlu diteguhkan lagi dengan kehebatan sekolah – sekolah terkenal dibandar, insyaallah. Marilah kita memasti ‘ Program Peningkatan UPSR 2011 ‘ yang dirancang ini akan tercapai objektifnya. Yakinlah bahawa ‘ Kebaikan dan Pengorbanan yang kita curahkan kepada anak didik kita akan kembali kepada anak – anak kita, insyaalah‘

Sekian, terima kasih.



SUHAIMI BIN OMAR
Naib Pengerusi Program Kecemerlangan UPSR
Unit Kurikulum
SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh



PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2011

1. DIALOG B SMAT
2. MOTIVASI KHAS
3. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN
4. MOTIVASI DIRI
5. UJIAN PENGESANAN
6. PEMANTAUAN BERTERUSAN
7. KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS
8. PENGGUNAAN KAD HEAD COUNT
9. KELAS BIMBINGAN
10. BERDOA DAN BACAAN YASSIN
11. KEM GERAK GEMPUR
12. PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6


JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2011 SK SULTAN ABDULLAH, KG. CHEH.

PENGERUSI : En. Shahudin b. Awang
( Guru Besar )
NAIB PENGERUSI : En. Suhaimi bin Omar
( Penolong Kanan Pentadbiran )
SETIAUSAHA : En. M. Ravindran al R. Maniam
( Guru Bahasa Inggeris Tahun 6 )
SU Peperiksaan UPSR
BENDAHARI : Pn. Hjh. Saminah bt. Samiran
( Guru Bahasa Melayu Tahun 6 )
AJK : En. Abd. Rahim b. Sulaiman
( Guru Bahasa Melayu Tahun 6 )
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Pn. Arlisha bt. Muhd. Arih
( Guru Sains Tahun 6 )
Pn. Wong Lai Mooi
( Guru Matematik Tahun 6 )
Pn. Roszaifura bt. Zainul Abidin
( Guru Matematik Tahun 6 )
En. Fadzli b. Abu Kassim
( Guru Sains Tahun 6 )
En. Mohd. Ibrahim b. Abdul Ghaffur
( Guru Bahasa Inggeris Tahun 6 )
KURIKULUM SEKOLAH DAN PERANANNYA
1. MATLAMAT:
1.1 Menuju ke arah ‘zero defect’.
1.2 Meningkatkan prestasi peperiksaan sekolah dan UPSR di
samping mengurangkan peratusan murid-murid yang tidak
boleh membaca,menulis dan mengira.
1.3 Mengadakan PKSR dua kali setahun dan ujian PKBS empat kali setahun.
1.4 Ujian Pengesanan UPSR sepuluh kali setahun.

2. LANGKAH-LANGKAH:
2.1. Mengemaskini pentadbiran dan perjalanan kurikukulum sekolah.
Di antaranya ialah;
2.1.1 Merancang program kurikulum secara menyeluruh.
2.1.2 Merancang Perkembangan Staf untuk menyuburkan minda
dalam proses menghadapi cabaran masa kini.
2.1.3 Memberi ruang dan kesempatan untuk berbincang dan
mengemukakan idea-idea baru untuk dimanfaatkan.
2.1.4 Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dari
masa ke semasa.
2.1.5 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah lebih berfungsi dan
diguna sepenuhnya oleh murid dan guru.
2.1.6 Membentuk panatia mata pelajaran serta memastikan ianya
betul-betul memahami peranannya.
2.1.7 Menimbang,meneliti,menilai dan melaksanakan syor-syor
yang dikemukakan oleh panatia.

2.2 Program Kurikulum

2.2.1 Menggerakkan tenaga dan fikiran agar lebih positif dan
inovatif melalui aktiviti bengkel,sukan,lawatan,ceramah dan lain-lain.
2.2.2 Menangani masalah murid lemah melalui pemerhatian
bimbingan khusus dan sikap keperihatinan.
2.3 Panitia dan Peranannya
2.3.1 Menyusun program tahunan
2.3.2 Mengumpul Rancangan Tahunan Terkini.
2.3.3 Menyelaraskan format rancangan tahunan dan harian.
2.3.4 Menjalankan program Pekembangan Staf.
2.3.5 Menjalankan Ujian dan Penilaian PKBS yang terancang.
2.3.6 Menyusun program khas untuk murid yang lemah.
2.3.7 Mewujudkan sudut dan medan akademik untuk murid.
2.3.8 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali
setahun.
2.3.9 Membuat analisa ujian dan peperiksaan.
2.3.10 Menyediakan jadual waktu induk panitia.
2.3.11 Menambahkan pengetahuan melalui Ledakan Maklumat
berpandukan Panca Minda.

STRATEGIK/PROGRAM YANG DIRANCANGKAN
1.1 Peningkatan Kecermelangan UPSR 2011/ Projek Utama
1.1.1 Khidmat Guru Bantu.
1.1.2 Peta Minda
1.1.3 Pembelajaran Kendiri
1.1.4 Latihan Spontan/Latihan Berfokus
1.1.5 Ujian Pengesanan Berperingkat
1.1.6 Bimbingan Rakan Sebaya
1.1.7 Satu Hari Sebuah Karangan
1.1.8 Meminimakan Sukatan Pelajaran
1.1.9 Penggunaan ABM
1.1.10 Aktiviti dan Projek Kumpulan
1.1.11 Bijak Bertutur Bahasa Inggeris
1.1.12 Bijak Sifir
1.1.13 Kemahiran Saintifik
1.1.14 Pembelajaran Berformat
1.1.15 Celik Al – Quran
1.1.16 Pemantauan Headcount
1.1.17 Penilaian dan Peperiksaan
1.1.18 Pencerapan dan Pemeriksaan Buku Latihan.


1.2 Projek Sokongan dan Sampingan

1.2.1 Bahan Bantuan Mengajar
1.2.2 Pemulihan dan Pengayaan.
1.2.3 Bank Soalan
1.2.4 Dialog B SMAT
1.2.5 Perang UPSR
1.2.6 Motivasi/ Gerak Gempur UPSR
1.2.7 Kelas Bimbingan
1.2.8 Program Jiran Cemerlang
1.2.9 Teknik Belajar
1.2.10 Bulan Mata Pelajaran : BM, BI, M3, SN, dan AG
1.2.11 Aktiviti Kokurikulum
1.2.12 Minggu Kokurikulum
1.2.13 Peningkatan Sahsiah
1.2.14 Kursus Dalaman/ Perkembangan Staf

ORGANISASI TINDAKAN KURIKULUM SK. SULTAN ABDULLAH, KG. CHEH
34850 CHANGKAT JERING 2011

POST MORTEM UPSR 2011

Kekuatan Sedia Ada

1. Amat bertuah bagi SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh kerana mempunyai guru - guru tahun 6 yang mempunyai komitmen tinggi. Situasi begini jarang – jarang terdapat di sekolah – sekolah lain di mana mereka sanggup membuat kelas tambahan sukarela. Semua guru tersebut adalah guru yang telah berpengalaman mengajar di tahun 6 dan tahu selok - belok murid – murid tahun 6.

2. Sekolah ini juga mempunyai seorang guru yang begitu rajin dan berkebolehan.
Beliau adalah Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan. Beliau mempunyai
kesedaran dan inisiatif yang tinggi.

3. Guru Bahasa Inggeris adalah guru berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris
Tahun 6. Beliau juga mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugas sebagai
pendidik dan dilantik sebagai Penyelaras Tahun 6 juga Setiausaha UPSR.

4. Guru Matematik adalah seorang yang mempunyai komitmen tinggi dalam kerjayanya dan beliau mempunyai pengalaman luas. Beliau tahu selok – belok sukatan mata pelajaran matematik UPSR

5. Guru Besar SK. Sultan Abdullah, Kg. Cheh, juga bukan orang baru dalam bidang pendidikan. Beliau banyak membimbing guru – guru sehingga pencapaian UPSR 2010 agak membanggakan.

6. Kelas Tambahan – pemantapan penguasaan KBKK dan persediaan sebelum UPSR.

Kelemahan Yang Dikesan

1. Pencapaian Bahasa Inggeris merupakan punca penentu peratusan lulus ABC UPSR bagi kebanyakan sekolah luar bandar. Kebanyakan murid sekolah luar bandar tidak terdedah dengan penggunaan Bahasa Inggeris secara langsung. Masa atau minit P & P selama 210 minit seminggu adalah tidak mencukupi. Untuk mengubah keadaan ini adalah memakan masa, tapi walaubagaimanapun ianya bukan mustahil.


2. Keghairahan mencapai kualiti menyebabkan terlalu memberi tumpuan kepada pencapaian Bahasa Inggeris untuk kumpulan elite, hasilnya kumpulan lemah tertinggal dan hasilnya ramai yang kandas dalam Bahasa Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana sungguh pun kuatiti adalah amat baik, kualiti kelulusan juga perlu diambil kira.

3. Keadaan sedia ada, iaitu murid amat kurang pendedahan dan amalan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka dan hasilnya vocabulary mereka amat kurang, disamping tiada galakan di rumah.

4. Seorang guru Bahasa Inggeris mengajar dua kelas peperiksaan adalah kurang efektif. Inilah yang berlaku di mana guru tersebut tidak dapat memberi fokus kepada target kerana kebanyakan kita lebih banyak tertumpu pada kualiti.

Kebaikan yang dikesan

1. Sungguhpun guru Bahasa Inggeris agak ‘ letih ‘ dengan tugasan luar P & P yang sesak, namun beliau mampu melahirkan 2 orang murid memperolehi A. Amatlah diyakini, dengan izin Tuhan, guru ini akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris yang baik.

2. Ini juga akan memberi pengajaran kepada semua Ketua Panitia Mata Pelajaran khasnya dan semua guru amnya, bahawa pengajaran secara penumpuan sesuatu golongan murid hanya akan melahirkan kualiti yang rendah dan langsung jatuh dari segi kuantiti.


Tindakan/ Cara Mengatasi
1.Meminimakan sukatan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk kumpulan potensi lulus diharap akan memberi kesan yang positif yang mana berkemungkinan besar akan meninggikan peratusan lulus ABC.
2.Membanyakkan kelas tambahan dan latihan untuk Bahasa Inggeris.
3.Mengadakan bengkel – bengkel dan kursus motivasi Bahasa Inggeris.
4.Fokus kepada ‘ grammar ‘ dan ‘ vocabulary ‘ Bahasa Inggeris untuk mengatasi masalah dalam kertas 2.

PERANG UPSR 2011

RASIONAL

Hasil daripada Post Mortem yang dibuat, maka Program Perang UPSR terpaksa dilancarkan. UPSR seolah – olah seperti peperangan. Sebelum peperangan segala persediaan rapi haruslah dibuat agar kita mencapai kemenangan melalui perancangan dan strategi yang teratur.


TUJUAN ( minda kelas 1 pencapaian UPSR )

1. Memastikan murid menerima segala kemahiran yang diperlukan.
2. Memastikan misi tercapai melalui peningkatan yang berterusan.
3. Membina semangat juang yang kental.
4. Membina semangat berpasukan bersepadu antara murid, guru dan ibu bapa.

SASARAN

Guru – Menyusun strategi, perancangan dan tindakan susulan yang
cukup rapi.
Murid – Melaksana misi yang telah disusun dengan penuh dedikasi.
Ibu bapa – Membakar dan merangsang semangat anak – anak
menyemak head count setiap bulan.
PIBG – Membantu dari segi kemudahan dan kewangan.

STRATEGI

1. P & P di bilik darjah digunakan sepenuhnya. Sukatan Pelajaran mesti selesai dalam bulan Mei atau selewat – lewatnya dalam bulan Jun. Sukatan minima digunakan untuk kumpulan yang lemah.

2. Kelas Bimbingan diadakan setiap hari dari jam 1. 30 hingga 2. 30 petang dan pada setiap Sabtu bekerja mulai jam 8. 30 pagi hingga 12. 00 tengah hari secara sukarela

3. Kelas tambahan cuti penggal sekolah
4. Motivasi bulanan akan diadakan dan penumpuan pada teknik menjawab soalan.
5. Motivasi bulanan untuk tujuan memotivasikan diri murid – murid
6. Motivasi khas untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan murid oleh
pakar motivasi.
7. Meminimakan jadual

PELAKSANAAN

1. Dialog B – SMART diadakan setiap hari Khamis minggu ketiga, jam 12.30 tengah hari di ketuai oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran. Tujuannya ialah untuk;

- Semua Guru Tahun 6 berbincang mencari kekuatan/ kelemahan murid untuk merancang P & P.
- Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan strategi di atas.
- Berjumpa dengan ibu bapa tertentu jika diperlukan.
- Berjumpa murid – murid. Sasaran kepada murid potensi cemerlang dan potensi
lulus.
- Membincang pencapaian murid dan sasaran sekolah dengan melihat head count.
- Mendapat laporan dan perkembangan semasa tentang UPSR.
2. Ujian Pengesanan dijalankan secara terancang setiap bulan.
- Bilangannya ditetapkan sebanyak 10 kali.
- Soalannya dipastikan kualitinya guna JSI atau soalan belian atau lain negeri.
- Mengikut Standard UPSR sebenar.
3. Pemantauan dibuat oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran setiap kali
lepas ujian untuk memastikan murid;
- Sentiasa bersemangat untuk meningkatkan pencapaian mereka
( markah )
- Sentiasa bersemangat untuk mencuba yang terbaik.
- Sentiasa ceria dan sihat.


4. Motivasi
- Dijalankan mengikut keperluan dan diterajui oleh guru yang dikenalpasti
kecemerlangan dan berfokus pada mata pelajaran UPSR.
- Penumpuan satu mata pelajaran sahaja setiap motivasi dan keutamaan pada
teknik belajar dan teknik menjawab soalan.
- Tenaga Guru Sumber Daerah digunakan.
- Bayaran disedia oleh pihak sekolah atau PIBG.
- Motivasi Khas akan diadakan pada bulan Mac. ( untuk ibu bapa bersama anak –
anak )
5. Kemahiran Berbahasa Inggeris.
- Diadakan di dalam setiap kelas penekanan pada bentuk soalan Bahagian A
dan C.
- Perjumpaan dan perbincangan diadakan mengikut keperluan.
- Meminta murid mencatat 20 perkataan bersama maksud dan ayat dalam setiap cuti
hujung minggu.
- Kamus BM – BI - BM diwajibkan kepada semua murid tahun 5 dan 6. Jumlah kamus
di PSS juga ditambah.
6. Majlis Doa dan Bacaan Yassin.
- Bacaan doa di setiap kelas seminggu sekali dipimpin oleh ustazah.
- Bacaan doa khas untuk tahun 6 yang pimpin oleh guru agama pada setiap hari
Jumaat, masa mata pelajaran agama mulai bulan Jun.
- Bacaan Yassin pada setiap minggu akhir, setiap bulan, hari Jumaat atau yang
sesuai, khas untuk tahun 6 yang dipimpin oleh guru agama, dibaca di dalam
surau semasa mata pelajaran agama.
- Majlis bacaan Yassin bersama ibu bapa akan diadakan pada akhir bulan
September, semasa Kem Gempur UPSR .
7. Mewujudkan Sistem Ganjaran.
- Murid yang mendapat 5A dalam UPSR akan menerima ganjaran wang tunai atau
barangan dalam nilaian yang sama dari PIBG.
- Murid yang mendapat 5A dalam ujian bulanan akan mendapat ganjaran dari kelab
guru.
- Memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan peningkatan setiap kali ujian
atau peperiksaan.
KAEDAH PENCAPAIAN TARGET UPSR 2011
1. Kerja kuat semua pihak secara berterusan dari awal lagi terutama 4 mata pelajaran teras. Gandakan usaha untuk meningkatkan pencapaian lulus ABC.
2. Banyakkan kerja latihan, rujukan dan ulangkaji kertas ujian, ramalan soalan dan membuat post mortem setiap ujian untuk menilai keberkesanan dan kelemahan.
3. Perbincangan dan pendekatan melaui TOV, headcount dan post mortem berdasarkan data dan strategi yang pelbagai.
4. Sistem double major P & P . Amalkan minda kelas satu.
5. Pemarkahan mengikut format UPSR sebenar.